Membaca kembali Cerita Anda...Berbaloikah?

Salam.

Bayangkan, dalam masa 1000 tahun lagi, tatkala anda telah selamat dikebumikan beberapa ratus tahun sebelumnya, dan dengan izin ALLAH, usia Bumi masih panjang, bayangkan, jika tatkala itu, manusia telah mencapai satu teknologi. Time Machine.


Apa gunanya mesin ni? Kalau dah namanya Time Machine, mestilah nk travel back or forth across time. Dan menjadi misi khilafah Islam zaman itu, uk kembali ke tahun 2000-an untuk mengutip maklumat2 hidup anda dan dibukukan. Bayangkan.

Sememangnya alat tersebut belum pernah dicipta, tapi yang penting di sini, bayangkan jika kisah hidup anda dibukukan.

Seronokkah membacanya? Bolehkah dibanggakan? Ada kah impaknya nanti pada pembaca? Berbaloikah pembacaannya?


Sahabat sekalian. Pastinya kita mahu orang yang membacanya nanti membaca dengan penuh rasa seronok, termotivasi, mendapat pelbagai input dan menjadi teladan serta buah mulut orang.

Bahawa Mahasiswa itu petah orangnya, bahawa inspektor Norizan itu, kaya lagi suka bersedekah orangnya, Bahawa Udin adalah seorang doktor yang menerajui penemuan2 terhebat perubatan. Bahawa ayah Haris itu, ketua yang penyayang. Bahawa Sufi pernah berjuang berkorban membantu menegakkan Islam di Malaysia. Bahawa pernah ada pelajar SMKA Padang Kala memimpin dunia di bawah satu khilafah.

Justeru, di sinilah mulanya. Jadikan hidup anda sebuah kehidupan yang terisi, kehidupan yang bererti. Buatlah satu, beberapa, beratus2 sekalipun lonjakan dalam hidup anda. Supaya anda punyai kisah anda sendiri. Kisah yang akan membanggakan anda, bahawa aku, aku sang peminjam ini, waktuku dulu adalah hambaNYA yang banyak lagi hebat baktiku pada agamaNYA.

Sebarang RESOLUSI?

(cover Himpunan Kisah Anak Soleh adalah cover sebuah kitab terbitan darul nukman)


~Kisah Ini~

Statik dan Bergerak?

Salam.

Comfort zone. Katanya senior aku, ang jgn rasa senang dok dalam comfort zone, nanti x ke mana. Malam tu perjalanan jauh. Aku kena lecture panjang ngan senior ni. Aku cuba bukak topik statik dan bergerak, tapi dibangkang. Katanya, statik ATAU bergerak. X kesahlah. Bagi aku, tetap statik DAN bergerak.

“Nobody ever lives their life all the way up except bull-fighters.” Ernest Hemingway; The Sun Also Rises.

Ayat Ernest Hemingway dlm novel dia, The Sun Also Rises. Bukannya nk sruh kita jadi bull-fighter dalam hidup, tp, kalau hidup kita smata2 dalam zon selesa, kita x akan mampu mencapai potensi kita dalam hidup, tanpa mengambil risiko.





Kat Mekah, aku dapat banyak pencerahan. Daripada Mahasiswa (walaupun ayat dia berbelit-belit - tetap ada resolusi, mantop!) dan daripada ibuku. Alhamdulillah, benar2 pencerahan. Tiba2 malam tu, nk balik Jordan pulak, dapat lagi pencerahan daripada senior ni. Time kaseh byk2 semua.

Ang x blh statik, sbb ang x kan jd org yang hebat nanti. Air yg statik, lama2 blh memudharatkan yang meminumnya. Jadilah orang yang bergerak. Membuat perubahan dan x pula terubah. Ang buat perubahan terhadap hidup ang, istiqamah dan buat lagi improvement dalam masa istiqamah ang. Istiqamah? Satu benda yg ckup susah. Berat bagiku.

Mafhum surah Hud ayat 112,113;

112. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang2 yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum2 ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada org2 yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari ALLAH. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Improvement


Banyak benda yg blh diimprove dalam hidup. Panjang la jadinya kalau nk hurai kat sini. Tp yang melalui proses tu hanya seorang. Siapa? Saya. Dan juga anda. Sebab tu ada kata2 berbunyi,

“There are many good fishermen and some great ones. But there is only one you.” Ernest Hemingway; The Old Man and the Sea.



To be special is to think SPeCiAL

~Pencerahan~