Cop!!! Satu Pencerahan

Salam


Tiba2 dlm muhadhorah hari tu saya teringat kata2 seorang sahabat nun di Malaysia, "...ana mnat bhs arab, tp trsa rugi, dh x dpt bljr bio n math". Ketika itu, saya mengiakan. Benar katanya. Dia telah memilih jalan sebagai penuntut jurusan Bahasa Arab, maka kepakakarannya adalah dalam Bahasa Arab, begitu juga saya. Hidup saya kini sinonim dengan perubatan.

Mausu3i

Saya juga punya seorang sahabat, cita2nya menjadi mausu3i. Mahu menjadi pakar dalam segenap bidang. Mahu menguasai ilmu alQuran, hadis, fiqh dll katanya. Tp rezekinya di Jordan, sebagai pelajar pergigian. Atas kehendak ibu bapa tercinta. Dia bersedih. Putus asa. Merasakan nasibnya hanyalah menjadi doktor gigi. Mausu3i? Baginya mustahil sekali jika ini jalan yang diambil.

Pengkhususan

Menjadi lumrah dunia sekarang. Setiap yang beroleh pendidikan formal dilatih ke arah pengkhususan. Menjadi guru, doktor, engineer, peguam, arkitek dan bermacam2 lagi bidang kerjaya yang tersedia. Alhamdulillah, dengan pengkhususan inilah kerja2 menjadi mudah. Cekap dan cepat. Pembangunan pesat. Pelbagai ilmu baru diteroka.

Dicop!

Mungkin salahnya bukan pada dunia pengkhususan. Tetapi mungkin ... Tetapi realitinya, inilah umat sekarang. Minda kita dicop. Bagi kita, cukuplah aku sebagaimana aku kini. Aku seorang doktor, untuk apa aku belajar ilmu kehakiman. Aku seorang ustaz, untuk apa aku memahami ilmu astronomi. Aku seorang pensyarah bahasa arab, untuk apa aku mendalami ilmu biologi ataupun matematik? Benar kita akan menjadi sumber rujukan dalam bidang kita, tapi tiada salahnya untuk kita mempelbagaikan ilmu dalam dada.

Diversity

Sedangkan ianya tidak pernah mustahil. Mausu3i telah ramai lahir dalam kalangan umat Islam dahulu. Imam Sayuti, menguasai 500 cabang ilmu, termasuk ilmu2 agama, ilmu2 sains dan sebagainya. Al Farabi, menguasai 70 bahasa, juga merupakan seorang ulama, disamping mahir dalam ilmu2 lain. Mahirnya dalam muzik, sehingga dikatakan mampu membius pendengarnya membuatkan mereka tertidur. Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah. Seorang 3Allamah, Muhaqqiq, Ushuli, Faqih. Terlalu banyak yang dikuasai beliau. Kamus segala pengetahuan ilmiah yang agung.

Ibnu Katsir pernah berkata mengenai Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah, “Beliau rahimahullah lebih didominasi oleh kebaikan dan akhlaq soleh. Selesai solat Subuh, beliau akan tetap duduk di tempatnya untuk dzikrullah hingga sinar matahari pagi makin meninggi. Beliau pernah mengatakan, ‘Inilah acara rutin pagi buatku, jika aku tidak mengerjakannya nescaya kekuatanku akan runtuh.’ Beliau juga pernah mengatakan, ‘Dengan kesabaran dan perasaan tanpa beban, maka akan diperoleh kedudukan imamah dalam hal din (agama).’”

Mungkin bunyinya agak mustahil untuk menjadi seperti mereka, untuk menjadi seorang mausu3i. Tetapi pastinya tidak mustahil untuk memperoleh sedikit kepelbagaian. Untuk keluar dari comfort zone. Untuk membebaskan diri kita daripada menjadi sebahagian daripada acuan dunia sekarang. Sebagaimana Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara kita, mencari kepelbagaian dalam hidupnya. Seorang doktor. Seorang pensyarah. Seorang angkasawan. Kini dalam misi menyatukan umat Islam.

Akhirnya


Alhamdulillah, sahabat saya di Jordan telah sedar. Yakin bahawa dia berada di atas jalan yang betul dalam mencapai impiannya. Peluang yang terbuka luas di merata rata, hanya tinggal untuk direbut sahaja.

Sahabat di Malaysia?

Monolog Ke Mana Arahnya...satu persoalan untuk semua

Salam



Dah beberapa bulan mulanya...dh smpai mana? Dh byk mana? Cukupkah dgn apa yg dh dicapai? Kita bergerak...selarikah? Benarkah apa yg dicari? Salah siapa sebenarnya?

Kenapa...bila mulanya kita, jiwa itu...memuncak. Pertengahannya surut. Mungkinkah akhirnya dalam masa terdekat? Kenapa kita hanya mahu memiliki? Kita tdk seperti yang lain. Kita istimewa. Kita punya panduan. Kita bergerak atas landasan. jangan menyimpang dari garisan. Lurusnya garisan, luruskah langkah? Kita bernafas, udara bukan permata. Kita makan, rezeki yg istimewa. Kita siapa? Kenapa kita? Kenapa bukan gunung bukit menunaikannya? Kenapa bumi juga tidak? wahai langit?

Ke mana wahai manusia? Kamu bergerakkah? Kamu berlagakkan? Kamu sombong. Penipu. Pengkhianat. Penderhaka. Pembelot pembelit. Kamu gagal. Tp, siapa yg layak? Itu, itu hamba2NYA. Mereka makhluk seperti kamu, tapi berbeza. Jauh sekali wahai manusia. Mereka hamba2 yg mengerti. Tahu siapa Tuhan mereka. Tahu mana hala tuju, destinasi. syurga, yg jalannya penuh pengorbanan, bukan kesenangan, kecundang.

Manusia...sanggup kamu. Mengkhianati perjanjian. Sesungguhnya Tuhanmu, tdk berharap kepadamu. Kamulah yang berharap kepadaNYA. Jgn sombong manusia. Jangan berlagak. Siapa kamu? Kamu lahir dr setitis mani, lalu berkembang dan membesarlah kamu dlm rahim ibumu. Siapa yang menjagamu di dalam rahim ibumu?

Dan kamu dilahirkan, dan menjadi kamu pembelot yang nyata. Kembalilah...pintu itu sentiasa terbuka, selagi nyawa dikandung badan. Selagi mentari benar terbitnya.

Aku masih di sini...aku masih begini...

Salam


Kamu!!!

Di mana kamu tatkala umat ini dibelenggu? Di mana kamu? Aku? Aku masih di sini. Mereka berlari. BOOOM! Meletup.

Aku tahu. Bukan diriku. Aku sedang tidur. Aku masih di sini. Jagaku lena. Lenaku tiada guna. Sakit peha kiri peha kanan dicubit. Aku tidak sakit. Aku kebal. Padahal aku bebal.

Aku masih di sini tatkala umat itu… di situ. Mereka bukan aku. Akulah aku. Harta mereka hartaku. Hartaku? Milik siapa lagi. Mati akalku tatkala rugi. Mati mereka tatkala aku masih di sini. Mati. Mereka syahid, tanganku masih berat. Doaku untukku. Mereka syahid kakiku masih lemah. Solatku cukup sekadar fardhu. Solat hajat? Untuk siapa?

Darah mereka tumpah darahku masih di sini. Bertambah ada berkurang jauh sekali. Mengalir tidak beku. Mereka menangis. Pedih. Aku juga mengalir air mata! Terlalu amat ketawa. Akhbar memang aku baca. Berita Gaza? Di mana? Barat atau Timur negara itu? Aku masih di sini. Nasib aku baik. Nasib aku selamat. Mereka? Bagaimana dengan mereka?

Ini kisah aku. Kisah mereka di sini...


http://www.infopalestina.com/ms/

http://english.aljazeera.net/

http://amanpalestin.org/index.php?action=com_content&task=content&section=1&category=1&&content=345

Mula kembali...?

Salam

17 September 2008, 3 petang. Ak pun tidak tahu mengapa ak menulis kembali hari ini. Kembali. Mungkin atas desakan shbt2. Mungkin ingin mengenang beberapa peristiwa yg telah berlaku, mengukir alam ini. Mengingat kembali kejadian2 yg telah membantu ak, mengubah ak, mengajar ak. Bhw hidup ini tidak mudah, hidup ini satu ujian, hidup ini penuh pengajaran, hidup ini punya emosi...penuh jika x terkawal.

Suka ak mengenang kejadian d lapangan terbang queen alia, Amman, 20 Ogos. "Your ticket is not confirmed. You have to wait until i call you". Tp smpai plane fly pn pgawai tu x telefon. Mungkin kredit dia habis, dan kwn dia tertinggal henset. Ak tidak pula bsedih dgn peristiwa tu. Separuh syukur, separuh sabar. Selepas tu, ak kenal pegawai yg x ade adab. Ak kena halau. Pn ak x sdih sbb...adalah. Lalu blk la ak ke irbid beberapa hari. Dgn penuh sdih ak menunggu mesej dr shbt2 yg dpt fly. X ada brita. Sehingga ak yg mula.

3 hari di irbid seorang diri, ak mula sedar, hidup ak yg slalu berseorangan pn perlukn teman. Ak yg x bercakap perlu mendengar seseorang bercakap.

********************************************************************

Cukuplah dahulu mengenang peristiwa lalu. Susah hidup bawah tempurung ni. Saat demi saat hati aku dilapah. Rasional aku dimamah. Tanpa sedar aku mengurung diri sendiri. Masalah, isu masyarakat sekeliling x sedar, jauh sekali masalah umat. Masyarakat yang semakin teruk, hari demi hari. Tahun demi tahun. Sedang aku sibuk, dengan urusan diri yang menyekat. Urusan yang x perlu, sekalipun nampak penting bagiku.

********************************************************************

Mahu sungguh aku MELEPASKAN segala tanggungjawab, setelah aku memilih jalan baru sejak 2 minggu ini. Jalan yang memberi aku sedikit ketenangan, mengingat kenangan zaman silam bersama rakan2 di sekolah menengah. Ukhuwwah. Mahu aku biarkan tugasan lepas. Mahu aku mencari PENGGANTI menggantikan diriku atas jalan juang ini. Sekalipun aku tahu ada silapnya.


Beberapa hari sebelum ni, aku dapat berita. Ayah sahabat ak ditimpa musibah. Sesak rasanya dada ak mlm tu. Esoknya, ak pergi jenguk sahabat tersebut. Jelas. Ak faham masalah dia. Malam tu, lega sedikit hati ak. Rasa lepas sebahagian beban di dada. Aku kembali memikirkan tanggungjawabku. Aku mahu mulakan!!! Sahabat2, doakan sahabatmu yang dalam mujahadah. Moga dia berjaya dalam mujahadahnya.


Jutaan terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan.

(maaf post kali ini hanyalah ingin mengenang urutan cerita hati. Mungkin penuh emosi, tanpa pengajaran untuk dihayati)...