Cop!!! Satu Pencerahan

Salam


Tiba2 dlm muhadhorah hari tu saya teringat kata2 seorang sahabat nun di Malaysia, "...ana mnat bhs arab, tp trsa rugi, dh x dpt bljr bio n math". Ketika itu, saya mengiakan. Benar katanya. Dia telah memilih jalan sebagai penuntut jurusan Bahasa Arab, maka kepakakarannya adalah dalam Bahasa Arab, begitu juga saya. Hidup saya kini sinonim dengan perubatan.

Mausu3i

Saya juga punya seorang sahabat, cita2nya menjadi mausu3i. Mahu menjadi pakar dalam segenap bidang. Mahu menguasai ilmu alQuran, hadis, fiqh dll katanya. Tp rezekinya di Jordan, sebagai pelajar pergigian. Atas kehendak ibu bapa tercinta. Dia bersedih. Putus asa. Merasakan nasibnya hanyalah menjadi doktor gigi. Mausu3i? Baginya mustahil sekali jika ini jalan yang diambil.

Pengkhususan

Menjadi lumrah dunia sekarang. Setiap yang beroleh pendidikan formal dilatih ke arah pengkhususan. Menjadi guru, doktor, engineer, peguam, arkitek dan bermacam2 lagi bidang kerjaya yang tersedia. Alhamdulillah, dengan pengkhususan inilah kerja2 menjadi mudah. Cekap dan cepat. Pembangunan pesat. Pelbagai ilmu baru diteroka.

Dicop!

Mungkin salahnya bukan pada dunia pengkhususan. Tetapi mungkin ... Tetapi realitinya, inilah umat sekarang. Minda kita dicop. Bagi kita, cukuplah aku sebagaimana aku kini. Aku seorang doktor, untuk apa aku belajar ilmu kehakiman. Aku seorang ustaz, untuk apa aku memahami ilmu astronomi. Aku seorang pensyarah bahasa arab, untuk apa aku mendalami ilmu biologi ataupun matematik? Benar kita akan menjadi sumber rujukan dalam bidang kita, tapi tiada salahnya untuk kita mempelbagaikan ilmu dalam dada.

Diversity

Sedangkan ianya tidak pernah mustahil. Mausu3i telah ramai lahir dalam kalangan umat Islam dahulu. Imam Sayuti, menguasai 500 cabang ilmu, termasuk ilmu2 agama, ilmu2 sains dan sebagainya. Al Farabi, menguasai 70 bahasa, juga merupakan seorang ulama, disamping mahir dalam ilmu2 lain. Mahirnya dalam muzik, sehingga dikatakan mampu membius pendengarnya membuatkan mereka tertidur. Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah. Seorang 3Allamah, Muhaqqiq, Ushuli, Faqih. Terlalu banyak yang dikuasai beliau. Kamus segala pengetahuan ilmiah yang agung.

Ibnu Katsir pernah berkata mengenai Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah, “Beliau rahimahullah lebih didominasi oleh kebaikan dan akhlaq soleh. Selesai solat Subuh, beliau akan tetap duduk di tempatnya untuk dzikrullah hingga sinar matahari pagi makin meninggi. Beliau pernah mengatakan, ‘Inilah acara rutin pagi buatku, jika aku tidak mengerjakannya nescaya kekuatanku akan runtuh.’ Beliau juga pernah mengatakan, ‘Dengan kesabaran dan perasaan tanpa beban, maka akan diperoleh kedudukan imamah dalam hal din (agama).’”

Mungkin bunyinya agak mustahil untuk menjadi seperti mereka, untuk menjadi seorang mausu3i. Tetapi pastinya tidak mustahil untuk memperoleh sedikit kepelbagaian. Untuk keluar dari comfort zone. Untuk membebaskan diri kita daripada menjadi sebahagian daripada acuan dunia sekarang. Sebagaimana Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara kita, mencari kepelbagaian dalam hidupnya. Seorang doktor. Seorang pensyarah. Seorang angkasawan. Kini dalam misi menyatukan umat Islam.

Akhirnya


Alhamdulillah, sahabat saya di Jordan telah sedar. Yakin bahawa dia berada di atas jalan yang betul dalam mencapai impiannya. Peluang yang terbuka luas di merata rata, hanya tinggal untuk direbut sahaja.

Sahabat di Malaysia?

2 Responses to "Cop!!! Satu Pencerahan"

Naqeb Sulaiman (visit their site)

salam. teruskan menulis!!! :)

sahabat (visit their site)

salam...trima kaseh sifu!!!