Monolog Ke Mana Arahnya...satu persoalan untuk semua

Salam



Dah beberapa bulan mulanya...dh smpai mana? Dh byk mana? Cukupkah dgn apa yg dh dicapai? Kita bergerak...selarikah? Benarkah apa yg dicari? Salah siapa sebenarnya?

Kenapa...bila mulanya kita, jiwa itu...memuncak. Pertengahannya surut. Mungkinkah akhirnya dalam masa terdekat? Kenapa kita hanya mahu memiliki? Kita tdk seperti yang lain. Kita istimewa. Kita punya panduan. Kita bergerak atas landasan. jangan menyimpang dari garisan. Lurusnya garisan, luruskah langkah? Kita bernafas, udara bukan permata. Kita makan, rezeki yg istimewa. Kita siapa? Kenapa kita? Kenapa bukan gunung bukit menunaikannya? Kenapa bumi juga tidak? wahai langit?

Ke mana wahai manusia? Kamu bergerakkah? Kamu berlagakkan? Kamu sombong. Penipu. Pengkhianat. Penderhaka. Pembelot pembelit. Kamu gagal. Tp, siapa yg layak? Itu, itu hamba2NYA. Mereka makhluk seperti kamu, tapi berbeza. Jauh sekali wahai manusia. Mereka hamba2 yg mengerti. Tahu siapa Tuhan mereka. Tahu mana hala tuju, destinasi. syurga, yg jalannya penuh pengorbanan, bukan kesenangan, kecundang.

Manusia...sanggup kamu. Mengkhianati perjanjian. Sesungguhnya Tuhanmu, tdk berharap kepadamu. Kamulah yang berharap kepadaNYA. Jgn sombong manusia. Jangan berlagak. Siapa kamu? Kamu lahir dr setitis mani, lalu berkembang dan membesarlah kamu dlm rahim ibumu. Siapa yang menjagamu di dalam rahim ibumu?

Dan kamu dilahirkan, dan menjadi kamu pembelot yang nyata. Kembalilah...pintu itu sentiasa terbuka, selagi nyawa dikandung badan. Selagi mentari benar terbitnya.

0 Responses to "Monolog Ke Mana Arahnya...satu persoalan untuk semua"