Cop!!! Satu Pencerahan

Salam


Tiba2 dlm muhadhorah hari tu saya teringat kata2 seorang sahabat nun di Malaysia, "...ana mnat bhs arab, tp trsa rugi, dh x dpt bljr bio n math". Ketika itu, saya mengiakan. Benar katanya. Dia telah memilih jalan sebagai penuntut jurusan Bahasa Arab, maka kepakakarannya adalah dalam Bahasa Arab, begitu juga saya. Hidup saya kini sinonim dengan perubatan.

Mausu3i

Saya juga punya seorang sahabat, cita2nya menjadi mausu3i. Mahu menjadi pakar dalam segenap bidang. Mahu menguasai ilmu alQuran, hadis, fiqh dll katanya. Tp rezekinya di Jordan, sebagai pelajar pergigian. Atas kehendak ibu bapa tercinta. Dia bersedih. Putus asa. Merasakan nasibnya hanyalah menjadi doktor gigi. Mausu3i? Baginya mustahil sekali jika ini jalan yang diambil.

Pengkhususan

Menjadi lumrah dunia sekarang. Setiap yang beroleh pendidikan formal dilatih ke arah pengkhususan. Menjadi guru, doktor, engineer, peguam, arkitek dan bermacam2 lagi bidang kerjaya yang tersedia. Alhamdulillah, dengan pengkhususan inilah kerja2 menjadi mudah. Cekap dan cepat. Pembangunan pesat. Pelbagai ilmu baru diteroka.

Dicop!

Mungkin salahnya bukan pada dunia pengkhususan. Tetapi mungkin ... Tetapi realitinya, inilah umat sekarang. Minda kita dicop. Bagi kita, cukuplah aku sebagaimana aku kini. Aku seorang doktor, untuk apa aku belajar ilmu kehakiman. Aku seorang ustaz, untuk apa aku memahami ilmu astronomi. Aku seorang pensyarah bahasa arab, untuk apa aku mendalami ilmu biologi ataupun matematik? Benar kita akan menjadi sumber rujukan dalam bidang kita, tapi tiada salahnya untuk kita mempelbagaikan ilmu dalam dada.

Diversity

Sedangkan ianya tidak pernah mustahil. Mausu3i telah ramai lahir dalam kalangan umat Islam dahulu. Imam Sayuti, menguasai 500 cabang ilmu, termasuk ilmu2 agama, ilmu2 sains dan sebagainya. Al Farabi, menguasai 70 bahasa, juga merupakan seorang ulama, disamping mahir dalam ilmu2 lain. Mahirnya dalam muzik, sehingga dikatakan mampu membius pendengarnya membuatkan mereka tertidur. Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah. Seorang 3Allamah, Muhaqqiq, Ushuli, Faqih. Terlalu banyak yang dikuasai beliau. Kamus segala pengetahuan ilmiah yang agung.

Ibnu Katsir pernah berkata mengenai Imam Ibnu Qayyim AlJauziyyah, “Beliau rahimahullah lebih didominasi oleh kebaikan dan akhlaq soleh. Selesai solat Subuh, beliau akan tetap duduk di tempatnya untuk dzikrullah hingga sinar matahari pagi makin meninggi. Beliau pernah mengatakan, ‘Inilah acara rutin pagi buatku, jika aku tidak mengerjakannya nescaya kekuatanku akan runtuh.’ Beliau juga pernah mengatakan, ‘Dengan kesabaran dan perasaan tanpa beban, maka akan diperoleh kedudukan imamah dalam hal din (agama).’”

Mungkin bunyinya agak mustahil untuk menjadi seperti mereka, untuk menjadi seorang mausu3i. Tetapi pastinya tidak mustahil untuk memperoleh sedikit kepelbagaian. Untuk keluar dari comfort zone. Untuk membebaskan diri kita daripada menjadi sebahagian daripada acuan dunia sekarang. Sebagaimana Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara kita, mencari kepelbagaian dalam hidupnya. Seorang doktor. Seorang pensyarah. Seorang angkasawan. Kini dalam misi menyatukan umat Islam.

Akhirnya


Alhamdulillah, sahabat saya di Jordan telah sedar. Yakin bahawa dia berada di atas jalan yang betul dalam mencapai impiannya. Peluang yang terbuka luas di merata rata, hanya tinggal untuk direbut sahaja.

Sahabat di Malaysia?

Monolog Ke Mana Arahnya...satu persoalan untuk semua

Salam



Dah beberapa bulan mulanya...dh smpai mana? Dh byk mana? Cukupkah dgn apa yg dh dicapai? Kita bergerak...selarikah? Benarkah apa yg dicari? Salah siapa sebenarnya?

Kenapa...bila mulanya kita, jiwa itu...memuncak. Pertengahannya surut. Mungkinkah akhirnya dalam masa terdekat? Kenapa kita hanya mahu memiliki? Kita tdk seperti yang lain. Kita istimewa. Kita punya panduan. Kita bergerak atas landasan. jangan menyimpang dari garisan. Lurusnya garisan, luruskah langkah? Kita bernafas, udara bukan permata. Kita makan, rezeki yg istimewa. Kita siapa? Kenapa kita? Kenapa bukan gunung bukit menunaikannya? Kenapa bumi juga tidak? wahai langit?

Ke mana wahai manusia? Kamu bergerakkah? Kamu berlagakkan? Kamu sombong. Penipu. Pengkhianat. Penderhaka. Pembelot pembelit. Kamu gagal. Tp, siapa yg layak? Itu, itu hamba2NYA. Mereka makhluk seperti kamu, tapi berbeza. Jauh sekali wahai manusia. Mereka hamba2 yg mengerti. Tahu siapa Tuhan mereka. Tahu mana hala tuju, destinasi. syurga, yg jalannya penuh pengorbanan, bukan kesenangan, kecundang.

Manusia...sanggup kamu. Mengkhianati perjanjian. Sesungguhnya Tuhanmu, tdk berharap kepadamu. Kamulah yang berharap kepadaNYA. Jgn sombong manusia. Jangan berlagak. Siapa kamu? Kamu lahir dr setitis mani, lalu berkembang dan membesarlah kamu dlm rahim ibumu. Siapa yang menjagamu di dalam rahim ibumu?

Dan kamu dilahirkan, dan menjadi kamu pembelot yang nyata. Kembalilah...pintu itu sentiasa terbuka, selagi nyawa dikandung badan. Selagi mentari benar terbitnya.

Aku masih di sini...aku masih begini...

Salam


Kamu!!!

Di mana kamu tatkala umat ini dibelenggu? Di mana kamu? Aku? Aku masih di sini. Mereka berlari. BOOOM! Meletup.

Aku tahu. Bukan diriku. Aku sedang tidur. Aku masih di sini. Jagaku lena. Lenaku tiada guna. Sakit peha kiri peha kanan dicubit. Aku tidak sakit. Aku kebal. Padahal aku bebal.

Aku masih di sini tatkala umat itu… di situ. Mereka bukan aku. Akulah aku. Harta mereka hartaku. Hartaku? Milik siapa lagi. Mati akalku tatkala rugi. Mati mereka tatkala aku masih di sini. Mati. Mereka syahid, tanganku masih berat. Doaku untukku. Mereka syahid kakiku masih lemah. Solatku cukup sekadar fardhu. Solat hajat? Untuk siapa?

Darah mereka tumpah darahku masih di sini. Bertambah ada berkurang jauh sekali. Mengalir tidak beku. Mereka menangis. Pedih. Aku juga mengalir air mata! Terlalu amat ketawa. Akhbar memang aku baca. Berita Gaza? Di mana? Barat atau Timur negara itu? Aku masih di sini. Nasib aku baik. Nasib aku selamat. Mereka? Bagaimana dengan mereka?

Ini kisah aku. Kisah mereka di sini...


http://www.infopalestina.com/ms/

http://english.aljazeera.net/

http://amanpalestin.org/index.php?action=com_content&task=content&section=1&category=1&&content=345

Mula kembali...?

Salam

17 September 2008, 3 petang. Ak pun tidak tahu mengapa ak menulis kembali hari ini. Kembali. Mungkin atas desakan shbt2. Mungkin ingin mengenang beberapa peristiwa yg telah berlaku, mengukir alam ini. Mengingat kembali kejadian2 yg telah membantu ak, mengubah ak, mengajar ak. Bhw hidup ini tidak mudah, hidup ini satu ujian, hidup ini penuh pengajaran, hidup ini punya emosi...penuh jika x terkawal.

Suka ak mengenang kejadian d lapangan terbang queen alia, Amman, 20 Ogos. "Your ticket is not confirmed. You have to wait until i call you". Tp smpai plane fly pn pgawai tu x telefon. Mungkin kredit dia habis, dan kwn dia tertinggal henset. Ak tidak pula bsedih dgn peristiwa tu. Separuh syukur, separuh sabar. Selepas tu, ak kenal pegawai yg x ade adab. Ak kena halau. Pn ak x sdih sbb...adalah. Lalu blk la ak ke irbid beberapa hari. Dgn penuh sdih ak menunggu mesej dr shbt2 yg dpt fly. X ada brita. Sehingga ak yg mula.

3 hari di irbid seorang diri, ak mula sedar, hidup ak yg slalu berseorangan pn perlukn teman. Ak yg x bercakap perlu mendengar seseorang bercakap.

********************************************************************

Cukuplah dahulu mengenang peristiwa lalu. Susah hidup bawah tempurung ni. Saat demi saat hati aku dilapah. Rasional aku dimamah. Tanpa sedar aku mengurung diri sendiri. Masalah, isu masyarakat sekeliling x sedar, jauh sekali masalah umat. Masyarakat yang semakin teruk, hari demi hari. Tahun demi tahun. Sedang aku sibuk, dengan urusan diri yang menyekat. Urusan yang x perlu, sekalipun nampak penting bagiku.

********************************************************************

Mahu sungguh aku MELEPASKAN segala tanggungjawab, setelah aku memilih jalan baru sejak 2 minggu ini. Jalan yang memberi aku sedikit ketenangan, mengingat kenangan zaman silam bersama rakan2 di sekolah menengah. Ukhuwwah. Mahu aku biarkan tugasan lepas. Mahu aku mencari PENGGANTI menggantikan diriku atas jalan juang ini. Sekalipun aku tahu ada silapnya.


Beberapa hari sebelum ni, aku dapat berita. Ayah sahabat ak ditimpa musibah. Sesak rasanya dada ak mlm tu. Esoknya, ak pergi jenguk sahabat tersebut. Jelas. Ak faham masalah dia. Malam tu, lega sedikit hati ak. Rasa lepas sebahagian beban di dada. Aku kembali memikirkan tanggungjawabku. Aku mahu mulakan!!! Sahabat2, doakan sahabatmu yang dalam mujahadah. Moga dia berjaya dalam mujahadahnya.


Jutaan terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan.

(maaf post kali ini hanyalah ingin mengenang urutan cerita hati. Mungkin penuh emosi, tanpa pengajaran untuk dihayati)...

Besi beranikah kamu? Atau besi pullbar?

Salam


Besi berani







VS










Besi pullbar

Membaca kembali Cerita Anda...Berbaloikah?

Salam.

Bayangkan, dalam masa 1000 tahun lagi, tatkala anda telah selamat dikebumikan beberapa ratus tahun sebelumnya, dan dengan izin ALLAH, usia Bumi masih panjang, bayangkan, jika tatkala itu, manusia telah mencapai satu teknologi. Time Machine.


Apa gunanya mesin ni? Kalau dah namanya Time Machine, mestilah nk travel back or forth across time. Dan menjadi misi khilafah Islam zaman itu, uk kembali ke tahun 2000-an untuk mengutip maklumat2 hidup anda dan dibukukan. Bayangkan.

Sememangnya alat tersebut belum pernah dicipta, tapi yang penting di sini, bayangkan jika kisah hidup anda dibukukan.

Seronokkah membacanya? Bolehkah dibanggakan? Ada kah impaknya nanti pada pembaca? Berbaloikah pembacaannya?


Sahabat sekalian. Pastinya kita mahu orang yang membacanya nanti membaca dengan penuh rasa seronok, termotivasi, mendapat pelbagai input dan menjadi teladan serta buah mulut orang.

Bahawa Mahasiswa itu petah orangnya, bahawa inspektor Norizan itu, kaya lagi suka bersedekah orangnya, Bahawa Udin adalah seorang doktor yang menerajui penemuan2 terhebat perubatan. Bahawa ayah Haris itu, ketua yang penyayang. Bahawa Sufi pernah berjuang berkorban membantu menegakkan Islam di Malaysia. Bahawa pernah ada pelajar SMKA Padang Kala memimpin dunia di bawah satu khilafah.

Justeru, di sinilah mulanya. Jadikan hidup anda sebuah kehidupan yang terisi, kehidupan yang bererti. Buatlah satu, beberapa, beratus2 sekalipun lonjakan dalam hidup anda. Supaya anda punyai kisah anda sendiri. Kisah yang akan membanggakan anda, bahawa aku, aku sang peminjam ini, waktuku dulu adalah hambaNYA yang banyak lagi hebat baktiku pada agamaNYA.

Sebarang RESOLUSI?

(cover Himpunan Kisah Anak Soleh adalah cover sebuah kitab terbitan darul nukman)


~Kisah Ini~

Statik dan Bergerak?

Salam.

Comfort zone. Katanya senior aku, ang jgn rasa senang dok dalam comfort zone, nanti x ke mana. Malam tu perjalanan jauh. Aku kena lecture panjang ngan senior ni. Aku cuba bukak topik statik dan bergerak, tapi dibangkang. Katanya, statik ATAU bergerak. X kesahlah. Bagi aku, tetap statik DAN bergerak.

“Nobody ever lives their life all the way up except bull-fighters.” Ernest Hemingway; The Sun Also Rises.

Ayat Ernest Hemingway dlm novel dia, The Sun Also Rises. Bukannya nk sruh kita jadi bull-fighter dalam hidup, tp, kalau hidup kita smata2 dalam zon selesa, kita x akan mampu mencapai potensi kita dalam hidup, tanpa mengambil risiko.





Kat Mekah, aku dapat banyak pencerahan. Daripada Mahasiswa (walaupun ayat dia berbelit-belit - tetap ada resolusi, mantop!) dan daripada ibuku. Alhamdulillah, benar2 pencerahan. Tiba2 malam tu, nk balik Jordan pulak, dapat lagi pencerahan daripada senior ni. Time kaseh byk2 semua.

Ang x blh statik, sbb ang x kan jd org yang hebat nanti. Air yg statik, lama2 blh memudharatkan yang meminumnya. Jadilah orang yang bergerak. Membuat perubahan dan x pula terubah. Ang buat perubahan terhadap hidup ang, istiqamah dan buat lagi improvement dalam masa istiqamah ang. Istiqamah? Satu benda yg ckup susah. Berat bagiku.

Mafhum surah Hud ayat 112,113;

112. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang2 yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum2 ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

113. Dan janganlah kamu cenderung kepada org2 yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari ALLAH. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Improvement


Banyak benda yg blh diimprove dalam hidup. Panjang la jadinya kalau nk hurai kat sini. Tp yang melalui proses tu hanya seorang. Siapa? Saya. Dan juga anda. Sebab tu ada kata2 berbunyi,

“There are many good fishermen and some great ones. But there is only one you.” Ernest Hemingway; The Old Man and the Sea.



To be special is to think SPeCiAL

~Pencerahan~

Main jongkang jongket

Salam

Kita kata...
Bukan ke islam tu syumul

Kalau nak berjaya, kena study

Sekarang ni time study,

waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya

Aku buatlah kerja dakwah tu

Kalau aku buat kerja dakwah. Aku gagal dalam pelajaranku

Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam...


Kata shbt ana yg disayangi, jangan main jongkang jongket dlm berdakwah (dsb). Main jongkang jongket?



Ye...main jongkang jongket. Mcm dlm gambar...

Kalau kita down exm, jgn kita salahkan aktifnya kita berdakwah, smpai akhirnya kita lemah kekuatan dan semangat berdakwah, akhirnya kita tinggalkn dakwah.

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah


Katanya abang yg ana kasihi, masalah tu bertali arus, x henti2. Mungkin masa blajar kita cuba lari dr berdakwah, kerana berasa ada masalah dlm pelajaran, kesuntukan masa dsb. Habis tu, bila nk berdakwah? Bila dh keje? Kita yakin ke nanti keje, kita x de masalah? Lagi banyak masalah ye la.




Katanya sahabat ana, masalah tu,

Jgn dilihat pd masalah, nanti x selesai jgk. Lihat pd jalan penyelesaiannya.


~Bangkitkn Ruh Daie~

Menangis lg... dan lagi...

Salam

Sahabat...hari ni kita menangis. Ya ALLAH...banyaknya dosa aku!!! Kita merintih. Kita mohon pengampunan ALLAH. Ampunkanlah hambaMu ni ya ALLAH...



Esok,
kita buat lagi, dosa. Kita kembali jadi x bersyukur. Kenapa? Kenapa??? Kita x nk pn buat dosa tu. Tp... . Dah tu, apa guna kita nangis sebelum ni???




Ingatlah sahabat...

Jangan menyangka kita akan terlepas dr melakukan dosa selepas menangis, tp berhati hatilah drpdnya.
Kita menangis hari ini, menyesali dosa, x bermakna kita x boleh ketawa esok.
Kita menangis hari ini kerana ALLAH, x bermakna esok kita maksum. X bermakna kita x akan buat dosa lagi esok.
Sebab kita x maksumlah, sebab kita confirm buat silap dan dosa, maka kita kena pastikan,
kita selalu menangis.


~Jauhilah dosa, menangislah slalu~

Nakbah 15 Mei 1948...

Arafat Hijazi, salah seorang saksi tragedi Deir Yassin yang masih hidup menceritakan, "Saya melihat seorang tentera zionis Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu". – Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) Palestine pada 15 Mei 2008.

”Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-Baihaqi)

maklumat lanjut mengenai nakbah 15 Mei ni, blh lawat http://as-nismo.blogspot.com/

Cuti...

Salam

Cuti...dh nk stat cuti. Final exam dh dkt. Tp kita bncg bab cuti la. Sbb cuti lg seronok drpd final exam (bg semua org).

Cuti, byk masa kosong. Dpt g jalan2. Dpt g balad, cari baju musta3mal. Blh g Aqabah, main ngan landak laut (hehe, jgn trasa hati bg yg trasa sakit kakinya) :-) . Yg penting, cuti ni dpt tinggalkan buku. X payah study (hakikat yg berlaku thdp sebahagian besar mahasiswa).

Ada jgk org guna istilah cuti sbg ABC. Cuti spesel. Cuti apa? X nk bincang pnjg kat sini.

Tp...


Ada cuti ke dlm kerja2 Islam?




Kadang2 kita sibuk, smpai kerja2 Islam kita abaikn, kita letak ke tepi. Benar, kita ad tanggungjwb, tp kenapa nk pisahkn tanggungjwb kita drpd Islam? Mahasiswa dlm lab anat, x blh kah jd full time muslim dlm lab anat?

Kerja dakwah bkn lah dibuat dlm waktu lapang sahaja, seolah olah semata mata nk isi masa kosong.


Tp...




Lapangkanlah masa kita utk kerja2 dakwah, kerja2 Islam.

Jika kalian doktor berjaya, carilah waktu utk Islam.
Jika kalian ustaz berkerjaya, cari jgk waktu utk dakwah.
Jika kalian naqib usrah (MEKAP), lapangknlah waktu utk bermekap.
Jika kalian ahli mekap, lapangkanlah waktu untuk sama2 bermekap dan dimekap.
Carilah waktu untuk Islam, moga2 waktu kita ALLAH lapangkn.


~Full Time Muslim~

Cemburu diuji

Salam...

Lg skali nk cite psl ujian.

Ak rasa cemburu...tiba2 ak rasa cemburu.

Br2 ni, dpt result exm. Ada shbt ak, sayangnya ALLAH pada dia, ALLAH uji dgn sedikit kekeliruan semasa jawab exm, menyebabkn markah exm dia 'ya3niii' (sambil pusing2 tangan). Ak tahu, dan ak yakin dia layak dpt markah jauh lagi tinggi. Tp sayangnya ALLAH pd dia, dia diuji.

Lg br2 ni, dia ad masalah teknikal. Laptop ad masalah. Baiki? 300JD. Lg skali dia kena uji. Ak fikir...bertuahnya shbt ak ni...byk ujian dr ALLAH.

Sbb bg ak, ujian yg ALLAH bg kat kita, tnda ALLAH sayang kita, tarbiah dr ALLAh, nk kita jd lg baik, lg berkualiti.

Ak agak jeles dgn dia. Knp ak x diuji? Apakah ak x layak? Ak terlalu lemah utk diuji? Bknlah ak minta diuji sehingga x larat dipikul, tp cuma ujian sbg PERINGATAN bg ku, bahawa ALLAH sentiasa bersama ak, ALLAH shj tempat bergantung, bhw ALLAH sayangkn ku, ALLAH nk ak jd lbh hambanya yg lebih soleh.

Supaya ak x lalai, supaya ak x anggap ak dh bagus, supaya ak tau, ak lemah dan berharap pd NYA.

Atau ak selalu diuji, tp ak x sedar bhw itu satu ujian? Sehingga ak mengeluh dan mengatasinya sendiri...sehingga ak gagal meletakkan pergantungan ak padaNYA...

(ak=kita semua yg membaca. amik la pengajaran mana yg terkesan d hati)

~Sebuah Pertemuan~

Kekuatan hadapi ujian

Salam

Ayat2 sms dr sorg sahabat
yg membantu meneguhkan hati ini tatkala ditimpa ujian, musibah dsb...


Sahabatku...
tenanglah dlm mengharungi setiap ujian drpdNYA
Kerana kau sdg berurusan dgn Zat yg Maha Berkuasa atas urusanNYA
Yg Maha Bijaksana atas hambaNYA,
Yg Maha Pengasih terhadap makhlukNYA
dan Yang Maha Indah dlm segala pengaturanNya.

Tenanglah...kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan,
hasilnya adalah kesenangan
dan penutupnya adalah kemuliaan.

Ingatlah,
seorang mukmin bagaikn pohon yg kuat, yg tahan ditiup angin ke kanan dan ke kiri.

Susah itu tarbiah, sabar itu indah.

Junjunglah agamamu ke puncak tertinggi
walau rebah tersungkur di bumi.

~Terima Kasih Sahabat~

Pemalu...

Salam

Ak ni pemalu...

musim sejuk dh berakhir, dh nk masuk musim panas. Cuaca kadg2 sejuk, kadg2 panas.

Musim sejuk tu, ak maen lepas je rungutan. Sejuk sgt la!!! Dua tiga ari musim panas, ak merungut lagi, knp panas sangat ni???!!!. Tp...

skrang ni, tgh2 nk masuk musim panas ni, cuaca x mnentu. Kadg2 panas. Kadg2 sejuk pulak. Ak... Dh sedar. Baru dua tiga ari panas, ak mrungut panas, mintak sejuk. Bila ALLAH bg sejuk blk... senyap.

Ak dh malu nk mrungut. Sbb ak tau, ak x kn brenti merungut. Slagi ak x belajar bersyukur dan redha...

Ak ni pemalu. Ak malu pd Tuhanku. Ak malu, knp ak x leh jd hamba yg bersyukur mcm baginda Rasulullah SAW. Ak malu, ak byk mrungut. Ak malu, ak x pndai bersyukur... Ak malu pd ALLAH, DIA bg ak peluang utk sedar, utk berhenti mrungut, pn ak x reti2 nk senyap. Ak malu. Ak malu. Ak MALU!!!

Blom lg cite psl solat, psl amalan2 lain, psl buat ma'ruf, jauhi munkar. Semua tu perintah dr RAJA skalian raja. Ak malu...MALU

Syukur, silih berganti panas dan sejuk ni byk mengajar ak. Hari ni panas, esk sejuk, panas sejuk, sejuk panas, menyebabkn ak x smpat mrungut. Tiap kali terasa sejuk, ak tringat panas kelmarin. Tiap kali trasa panas, sejuk smalam masih dibenakku...

Malu? Ak masih malu... Tp...

Tp ak lg malu kalau ak dah baca tp masih x tau malu...

~Jom~

Exam lg?

Salam

Exam lg...

Bagi sesetengah org, exm ni benyusahkan. Knp perlunya exm? Kan best study kalau x de exm...Terpaksa struggle utk exm.

Kata Mahasiswa, exm ni sbhgn drpd hidup kita. Ye, sebahagian. Mksdnya? Khali kan dulu.

Jd, knp x suka pada exm kalau kita sentiasa well-prepared? Exm bukan satu masalah kalau kita sentiasa bersedia dgn bidang kita. Habis tu, yg tkut pd exm? Mungkin silap kita, x study secara istiqamah, jd bila exm, tertekan skit la, semua br nk dkejar.

Jd, ujian ni sebenarnya menguji persiapan kita, jgk menjadikn kita ni lg mantap dlm cabang ilmu kita, jgk membuatkn kita slalu beringat.

Habis tu, apa plak exm sebhgn drpd hidup ni???

Ujian.

ALLAH sentiasa menguji hambaNYA yg beriman. Tanda kasih ALLAH pd hambaNYA yg beriman, jgk tnda murkaNYA pd yang melakukn maksiat.

Bila ALLAH tgk kita lalai, ALLAH datangkn ujian, supaya kita beringat. Bila kita lemah, x berdaya, ALLAH bg ujian, supaya kita kuat. Bila kita rasa hilang tempat bergantung, ALLAH uji lg kita, supaya kita sedar, hanya padaNYA lah kita spatutnya meletakkan pergantungan.

Jd...Ujian adalah tarbiah dr ALLAH. Mendidik hati menjadi kuat, tabah, sabar dan slalu beringat. Jgk menjadi kaffarah dosa bg yg bersabar dan diangkat darjatnya.

Cuma manusia yg x sedar bila diuji, mudah benar mengeluh dan berkeluh kesah...

Mafhum surah alMa3arij ayat 19-21:
"19. Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. 20. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, 21. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,"

kecuali org2 tertentu yang dinyatakan dlm ayat seterusnya, surah yg sama.

Jd, hidupkan hati dan roh dgn 'exam'...

~Hidup dan Ujian~

Siapa?

Salam

Sahabat r.a...
Siapa Muawiyah yg kita kenal? dan siapa beliau yang sebenarnya?

Pemberontak? Penjahat?

atau



Penulis wahyu???

Jom, Betulkn kotak fikiran...

~Kenali dan Kasihi Sahabat r.a~

Rumah...

Salam.

Ak jejak ke rumah itu...rumah itu...besar. Cantik. Mcm mana ak masuk, itu x penting. Dalam rumah. Luas, besar, bersih. Ada yang menjaganya ni...

Ak nmpk perabotnya, kemas. Tersusun semuanya. Lagi bukti bahawa ada yg menjaganya. Kalau x, bagaimana bisa begitu teratur?

Ak ke dapur. Byknya mknn atas meja. Jgk dihias indah di mata. Disediakan utk insan.
Skarang ak pasti, yakin! Memang ada yg menjaganya, rumah itu.

Masakan rumah yg bersih, teratur, kemas itu x de pemiliknya, x de yang menjaga???


Jd???

Tauhid rububiyyah

memantapkn aqidah.
Fikirkan...

~Abg Aizat~

Kotak PerJUANGan 1 - Buat?

Salam.

Dh byk kita bicarakn perjuangan melawan kelemahn2 diri...skrang jom kita tgk pulak nasib kita...nasib umat sebenarnya...Palestin.


Mafhum surah At Taubah, ayat 120, 121;

"120. Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri rasul. yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik,

121. Dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"


Mereka lbh berani...hari2 yg dilalui penuh suasana 'counter strike'...

Mereka lbh kenal...peluru adalah peluru, yg menusuk dlm daging saudara mereka, bkn peluru Carbine, tp M4A1...

Mereka lbh pndai, lbh tahu...bom bentuknya mcm sekian2, besar mana letupannya, byk mana musnah...mereka lbh tahu cebisan daging saudara mereka...yg menitis itu darah abi.

Tny mereka, knp guna batu? Tny KITA, mana doa seorang saudara seagama?
Tny mereka, knp x pernah selesai? Tny KITA, knp tahu boikot tp x pndai? Knp tahu tolong tp x smpai?
Knp anak2 cik jd pelarian? Sbb anak2 tuan mendekatkn diri. Pada MUSUH.

'Kita perlu bantu mereka!!! Kita perlu bantu mereka!!!' Slogan.

Sekadar slogan. Apa yg dibantu? Sesalan setelah tgk nasib mereka, sesalan sementara. Mmg perlu sesal, tp mereka? Apa yg perlu kita buat? Apa yg perlu mereka buat?


~Senyap dan Terang~

Semalam...

Salam.

Hati ini tersntuh, menatap ayat2 yang dikait atma. Ntah sapa penulisnya, cuma dikongsi, utk pelaburan.

Be grateful with what u have,
before ALLAH takes it away from u.

Remember what u have today,
u didn't had it yesterday.

u didn't had it yesterday

u didn't had it yesterday


~Bersyukurlah...~

Jemu...

Salam

Ak dh bosan!!! Jemu!!! Dh lama ak tggu...smpai dh bersawang!!! (yg trasa, harap jgn berasa... :-)) Knp?

Kita mudah jemu...baru dpt sesuatu, dh rasa jemu. Buatlah apa saje, surf internet, main bola, hatta PES, (x tau plak akhawat jemu dgn apa) ...jemu... kalau kita rasa asyik dgn apa yang ada, rasa jemu mudah menjengah...jemu
jemu

Knp?

sengaja ALLAH menjengkelken(menjemukan) kamu dari segala sesuatu supaya tidak ade sesuatu yang dapat melupakan kamu dari mengingati ALLAH...

tanpa kita sedari.

lidah berzikir bila trasa jemu,
hati sendu membujuk rindu,
pada amal yg tertentu,
harap pd redha yg menentu.

Betapa Pengasihnya ALLAH pd hamba2NYA yang beriman, lupa lagi diingatkn. Leka lg dikejutkn. Stakat mana kita sedar, stakat mana kita bergerak balas? Cukup bersyukurkah kita?


~Memperjuangkan Jemu~

Kotak PemiliKan

Rasa peMiliKan dan keterIkaTan...

Penah terfikir x...kenapa, bila kita hilang sesuatu berharga contohnya...kita rasa ckup sedih...kita hilang ahli keluarga tercinta, hilang sahabat karib, atau hadiah drpd seseorang yang dikasihi (mahram)~ikhtilat sifar~, dll, kita akn rasa sedih...sgt. Bersangatan. Hatta hilang Buku anat yang berharga 20 ringgit jer...

Kat situ kita perlu berperang...sama ada nk sabar atau mengeluh...sedang kita sedar, sabar lbh utama, lebih dkt dgn taqwa. Sedang yg x sedar, maka sia2 lah zikir keluhannya. Sia2 lah peluang yg ada, setelah diberi ruang...

Tp, knp kita perlu rasa smpai mcm tu??? Knp smpai perlu berperang??? Kenapa kita x blh merelakn begitu shj? Benar, kita punya rasa kasih, menghargai. Tp, kenapa kadang2 begitu berat?

Siapa kita?


Kita jugak punya rasa PEMILIKAN dan KETERIKATAN. Kita rasa kita memiliki apa yang ada di depan mata, terikat dgn kehendak kita mahu memiliki. Sedangkan...kita yakin yang memiliki secara MUTLAK hanya ALLAH...

apa hak milik kita? Hak milik kita? Cuba senaraikan apa hak milik kita sbg hamba...hamba...

Kita hanya peminjam...nanti perlu pulang. Kita diberi peluang merasa. Knp merasa tau mengkritik. Kenapa diberi mahu mengeluh? Kenapa kita x punya rasa malu...? Malu hamba pd PEMILIKnya. Kenapa punya sayang tapi x cari CINTA? (marhalah cinta)

...jom KelUar...

~Redha dan Mencari Redha~

Assalaamu'alaikum...jom!

jom, keluar dari kotak!

Sama2 lah kita cari sesuatu, buat bekalan diri, sesuatu yg berbeza, sesuatu yg bermakna pada jalanNYA.

Jom kita sama2 bergerak, melangkah keluar dari kotak kita sehari-hari. Dunia ni luas, mcm2 ALLAH dah sediakn utk hambaNYA. Jadi, jgn sempitkn hidup kita, dikongkong dan dikurung dalam kotak kita sendiri.

Islam mengajar kita berubah kpd yang lbh baik, juga supaya kita bermanfaat pd mereka di sekeliling.

Kelmarin telah luput, hari esok belum tentu milik kita, yang ada hanyalah hari ni, SAAT ini. Jadikan kita sebagai seseorang yg special di jalan yg benar, supaya nanti kita menjadi special di sisi ALLAH.

~Kotak Mane~

Masuk dalam KotAk cintA

Sohibul hikayat meriwayatkn, ade org ni...nk sgt memiliki iman. Aku nk! Aku nk! (dia dalam state of down, ya3ni iman tgh down). Jadi berusahalah hamba ALLAH ni...nk cari iman. Buat ibadat dgn kesungguhan. Nk capai target. Iman mesti dimiliki.

Alhamdulillah...satu ketika...rasa laen mcm. Rasa mcm ALLAH dh bg ni3mat tu. Halawatul iman. Ya ALLAH...hepi nye!!! Target dh capai! Dh jd milik. Maka bergembiralah hamba yg bertuah tu, sehingga...(pnjg la plak cite ni)...

saban hari, dirasakn iman mkin ada prob. Ape masalah ni??? Mkin down, mkin down. Knp? ??? Ya ALLAH, knp?

Agak2 knp? Sapa tau, blh baca post ni smpai habis. Sapa x tau, blh baca jgk. Knp blh baca jgk?


Target. Target hamba td=nk MEMILIKI iman. Silap target la ni. Ooo. Jd apa target sbnr?

Cinta. Buat kerana cintakn amalan tuh. Sehingga lahir cinta pd ALLAH. Kn tulen iman tu...


Rasa INGIN MEMILIKI dan rasa CINTA x sama. Kalau stakat nk memiliki, x bererti cinta. Jadi, manusia, bila dah dapat apa yg dia nk (memiliki), dia tend to rasa puas...dan mula mengabaikn apa yg ada dlm tgn (still bkn hak miliknya yg mutlak).

Jd, apa shj amalan, apa shj yg dibuat, apa shj apa shj, buat kerana cinta. Cinta pd Pemilik cinta yg suka dgn apa yg kita usahakn, suka dgn ikhtiar kita menujuNYA.

~Mencari Cinta~

KotAk mane...

Stereotype!


Manusia dikurniakn dgn aqal, dengannya dia berfikir. Jugak dikurniakn sepasang mata, yg mana gunanya utk melihat. Dua telinganya, dia mendengar. Dan macam2 lagi ni3mat dikurniakan oleh ALLAH.

Tp sayang, fungsinya saban hari...x jauh beza dengan robot, padahal dia tau dia bukanlah spesies robocop(??? mende plak ni???).

Timbul persoalan, kenapa kehidupan robotik ini yg dipilih? Hari2 yg dilalui, setiap jam, setiap minit, knp masih x sedar? Knp yg dilihat hanya hidup yang statik??? Knp mendengar, melihat, berfikir, tp x tahu menjana? Smpai bila perlu terus macam ni?

Ye...kita dh solat, alhamdulillah. dh puasa, mengaji alQuran tiap2 hari...Alhamdulillah. Tp ckup kah? Jgn berpuas hati dgn hny mengamalkn sbhgn drpd juzuk2 Islam...br sbhgn. Islam ni luas, sempurna, merangkumi segenap perkara, jgn disempitkn.



Siapa yg cipta TV? Bird? Apa perlunya? Hiburan. Pendidikan. Khabar angin. Fitnah. Siapa yg cipta jet? Wright? Untuk apa? Pengangkutan. Perhubungan. Bermegah dgn wang rakyat. Siapa yg cipta manusia??? ALLAH!!! Knp???

Ma3ruf...

mafhum surah Adz Dzaariyaat, ayat 51;
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."

mafhum surah Al Baqarah, ayat 30;
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.""

mafhum surah A-Li Imran ayat 110;
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah."

sbg Hamba, Khalifah, Daie ila ALLAH.


Dan manusia memang jenis 'bersyukur'. Dah dibagi macam2 ni3mat, tp yg dia tau, tido, bgn makan, terasa nk buang air pegi tandas, mlm plak??? (Syukur masih solat dan tuntut ilmu).


Tp mana fungsi manusia yg betul2 bergelar hamba? Hamba kpd Tuhan yang Esa, x berhak protes, sembunyi atau terangan. Siapa yg pikul bebanan khalifah? Buat malu diri je (malu, malu, malu)...ALLAH bg peluang jadi khalifah, walaupn malaikat silap menduga. Daie pulak? Kerja ustaz mana?
Knp ustaz? Knp bkn kita semua?

Jadi...jom kita sama2 kuar dr kotak ni. Penuhi hidup dgn warna. Warna2 perjuangan, warna2 kebenaran. Byk lagi yang perlu difikirkn, dibuat.

Perkasakan iman, ukhuwwah, saling membantu, give a little of urselves, bg sedekah. Amalkn sunnah baginda dlm segenap kehidupan.

Tuntut ilmu ALLAH, hasilnya tujukan pd ALLAH (Islam).
Byk lg. Byk. Fikirkn. (x kn nk disuap je. Kalau asyik kena 'suap' je, 'kalah' la nanti)

~Selamat Berjuang~