Membaca kembali Cerita Anda...Berbaloikah?

Salam.

Bayangkan, dalam masa 1000 tahun lagi, tatkala anda telah selamat dikebumikan beberapa ratus tahun sebelumnya, dan dengan izin ALLAH, usia Bumi masih panjang, bayangkan, jika tatkala itu, manusia telah mencapai satu teknologi. Time Machine.


Apa gunanya mesin ni? Kalau dah namanya Time Machine, mestilah nk travel back or forth across time. Dan menjadi misi khilafah Islam zaman itu, uk kembali ke tahun 2000-an untuk mengutip maklumat2 hidup anda dan dibukukan. Bayangkan.

Sememangnya alat tersebut belum pernah dicipta, tapi yang penting di sini, bayangkan jika kisah hidup anda dibukukan.

Seronokkah membacanya? Bolehkah dibanggakan? Ada kah impaknya nanti pada pembaca? Berbaloikah pembacaannya?


Sahabat sekalian. Pastinya kita mahu orang yang membacanya nanti membaca dengan penuh rasa seronok, termotivasi, mendapat pelbagai input dan menjadi teladan serta buah mulut orang.

Bahawa Mahasiswa itu petah orangnya, bahawa inspektor Norizan itu, kaya lagi suka bersedekah orangnya, Bahawa Udin adalah seorang doktor yang menerajui penemuan2 terhebat perubatan. Bahawa ayah Haris itu, ketua yang penyayang. Bahawa Sufi pernah berjuang berkorban membantu menegakkan Islam di Malaysia. Bahawa pernah ada pelajar SMKA Padang Kala memimpin dunia di bawah satu khilafah.

Justeru, di sinilah mulanya. Jadikan hidup anda sebuah kehidupan yang terisi, kehidupan yang bererti. Buatlah satu, beberapa, beratus2 sekalipun lonjakan dalam hidup anda. Supaya anda punyai kisah anda sendiri. Kisah yang akan membanggakan anda, bahawa aku, aku sang peminjam ini, waktuku dulu adalah hambaNYA yang banyak lagi hebat baktiku pada agamaNYA.

Sebarang RESOLUSI?

(cover Himpunan Kisah Anak Soleh adalah cover sebuah kitab terbitan darul nukman)


~Kisah Ini~

1 comments:

demartyr (visit their site)

vcipta sejarah untuk diri sendiri