Mula kembali...?

Salam

17 September 2008, 3 petang. Ak pun tidak tahu mengapa ak menulis kembali hari ini. Kembali. Mungkin atas desakan shbt2. Mungkin ingin mengenang beberapa peristiwa yg telah berlaku, mengukir alam ini. Mengingat kembali kejadian2 yg telah membantu ak, mengubah ak, mengajar ak. Bhw hidup ini tidak mudah, hidup ini satu ujian, hidup ini penuh pengajaran, hidup ini punya emosi...penuh jika x terkawal.

Suka ak mengenang kejadian d lapangan terbang queen alia, Amman, 20 Ogos. "Your ticket is not confirmed. You have to wait until i call you". Tp smpai plane fly pn pgawai tu x telefon. Mungkin kredit dia habis, dan kwn dia tertinggal henset. Ak tidak pula bsedih dgn peristiwa tu. Separuh syukur, separuh sabar. Selepas tu, ak kenal pegawai yg x ade adab. Ak kena halau. Pn ak x sdih sbb...adalah. Lalu blk la ak ke irbid beberapa hari. Dgn penuh sdih ak menunggu mesej dr shbt2 yg dpt fly. X ada brita. Sehingga ak yg mula.

3 hari di irbid seorang diri, ak mula sedar, hidup ak yg slalu berseorangan pn perlukn teman. Ak yg x bercakap perlu mendengar seseorang bercakap.

********************************************************************

Cukuplah dahulu mengenang peristiwa lalu. Susah hidup bawah tempurung ni. Saat demi saat hati aku dilapah. Rasional aku dimamah. Tanpa sedar aku mengurung diri sendiri. Masalah, isu masyarakat sekeliling x sedar, jauh sekali masalah umat. Masyarakat yang semakin teruk, hari demi hari. Tahun demi tahun. Sedang aku sibuk, dengan urusan diri yang menyekat. Urusan yang x perlu, sekalipun nampak penting bagiku.

********************************************************************

Mahu sungguh aku MELEPASKAN segala tanggungjawab, setelah aku memilih jalan baru sejak 2 minggu ini. Jalan yang memberi aku sedikit ketenangan, mengingat kenangan zaman silam bersama rakan2 di sekolah menengah. Ukhuwwah. Mahu aku biarkan tugasan lepas. Mahu aku mencari PENGGANTI menggantikan diriku atas jalan juang ini. Sekalipun aku tahu ada silapnya.


Beberapa hari sebelum ni, aku dapat berita. Ayah sahabat ak ditimpa musibah. Sesak rasanya dada ak mlm tu. Esoknya, ak pergi jenguk sahabat tersebut. Jelas. Ak faham masalah dia. Malam tu, lega sedikit hati ak. Rasa lepas sebahagian beban di dada. Aku kembali memikirkan tanggungjawabku. Aku mahu mulakan!!! Sahabat2, doakan sahabatmu yang dalam mujahadah. Moga dia berjaya dalam mujahadahnya.


Jutaan terima kasih pada yang sentiasa memberi sokongan.

(maaf post kali ini hanyalah ingin mengenang urutan cerita hati. Mungkin penuh emosi, tanpa pengajaran untuk dihayati)...

1 comments:

Naqeb Sulaiman (visit their site)

Akhirnya kembali. teruskan!