Meow...

Salam

Khusyuk itu milik ALLAH, Hamdi!

Seolah-olah begitulah teguran yang diberikan oleh ALLAH ketika solat isyak tadi. Tengah-tengah sembahyang isyak tadi, saya terfikir sekejap; "ni yang tak seronok pakai kain pelikat masa solat ni, nak qiam daripada sujud, mesti kain pelikat kena tindih dek jemaah sebelah, sampai nak terjatuh. Kan bagus pakai seluar macam kat Jordan, tak la khusyuk aku terganggu."

Qiam daripada sujud itu, tiba-tiba terus terasa kain pelikat ditarik. Saya sangkakan tiupan angin kipas besar di masjid Melor, jadi saya biarkan sahaja. Agak lama terasa kain ditarik, saya rasa pelik. Rupa-rupanya ada seekor kucing berjalan di celah kain pelikat saya.

Terus hati yang bongkak ini tunduk, terasa segan dengan Pencipta khusyuk dan Pencipta kucing tersebut. ALLAH. Seolah-olah ALLAH terus tegur, bahawa DIA yang memberi khusyuk itu Hamdi! Yang saya harap-harapkan itu. Malu. Malu. Malu. Astaghfirullah...

1 comments:

farieha (visit their site)

btul tu hamdi..khusyuk tu milik ALLAH..mmg DIA yang menganugerahkan kita perasaan itu namun,kdg2 manusia ini x hargai langsung perasaan khusyuk bile bersama tuhan