Menoleh ke belakang


Salam

"Budak tu tak boleh harap. Pemalas. Kerja tak jadi je. Nak harapkan pejuang daripada dia? Huh, jauh sekali. Nak suruh belajar pun susah. Pejuang apa tak pandai jaga amanah?" Pedas. Macam-macam kata-kata yang dilemparkan. Sehingga si budak yang semakin lembut hatinya untuk berubah, menoleh semula ke belakang. Segan, malu, bimbang, takut.



Alhamdulillah, baru lepas mengemaskini blog, meniti artikel-artikel lalu. Rupa-rupanya, modus operandi sekarang berbanding dulu sudah agak terpesong. Tapi tak mengapa, kerana matlamat kedua-duanya tetap sama insyaALLAH.

Alhamdulillah, result exam CVS dah keluar. CardioVascular System. Exam yang paling menakutkan setakat ini, dengan markah teori yang para mahasiswa rata-ratanya merosot. Tapi lepas dicampur dengan markah lab yang baru keluar, alhamdulillah. Dah ada yang kembali tersenyum selepas bermuram beberapa hari.



Manusia

Manusia memang makhluk ciptaan ALLAH yang unik. Macam-macam cara mereka mengolah sesuatu, berdasarkan fahaman dan prinsip masing-masing. Jika dikatakan A itu indah, maka tidak mustahil ada yang akan mengatakan sebaliknya. Hakikatnya, kedua-dua pendapat perlu berpijak pada hujah yang nyata, supaya tidak berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam disebabkan kejahilan dan lemahnya toleransi sebilangan pihak.



Budak


Ada yang mempunyai masa silam yang indah, yang sentiasa menjadi memori indah untuk dikenang. Belajar di sekolah agama, mempunyai sahabat-sahabat beragama yang banyak membantu, hidup dalam suasana dan keluarga yang berpegang pada ajaran agama. Alhamdulillah.

Namun, tidak semuanya bernasib baik, dan tidak semuanya juga yang memilih untuk mempunyai nasib yang baik, kerana kejahilan diri dari mengenal Tuhan dan agama. Lantas, peristiwa masa lalu, terus menjadi kabus masa sekarang.

Berputarnya roda, turun naiknya kita, juga sering membawa kita kepada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan, sekalipun kita adalah golongan yang telah mengenal Tuhan semenjak dari awal lagi.

Seringkali, kita teringat akan kesilapan-kesilapan yang lalu, lantas itu menjadi alasan untuk kita tidak berubah. "Aku dari dulu lagi dah macam ni", "Semua orang tahu aku ni jahat, kalau aku berubah pun orang tetap mengata jugak". "Aku segan nak jadi baik balik, banyak halangan."

Kisah silam menjadi penghalang untuk kita berubah. Takut dikritik orang sekeliling, takut kita gagal menerima kita yang baru.

Sedangkan ALLAH SWT berfirman (mafhumnya);

"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri ..." (Al-Israa':7)

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik(kepada orang yang berbuat jahat kepadanya) maka pahalanya atas (tanggungan) ALLAH. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim."
(Asy-Syuura:40)



Kita mengecop diri kita sebagai seadanya, lantas meletakkan noktah pada titik perubahan. Bimbang pada diri sendiri. Takut pada diri sendiri. Tidak mahu berubah menjadi yang lebih baik, dek bimbang, tertanya-tanya, wujudkah aku yang baik?


Mafhum firman ALLAH SWT,

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"(Asy-Syuura:25)


Berlapang dadalah, maafkan teman-teman, masyarakat yang tidak sedar akan potensi kita. Mereka cuma mahukan kita yang terbaik, cuma mungkin cara mereka tidak kena dengan selera kita.

Islam tidak mengajar kita menoleh ke belakang supaya kita takut untuk berubah. Islam membuka ruang seluas-luasnya untuk kita berubah.

Bahkan Islam menganjurkan kita menoleh ke belakang, untuk kita kutip iktibar dari kisah nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, kisah umat-umat terdahulu, supaya kita menjadi lebih baik. Supaya kita menjadikan yang baik sebagai teladan, dan yang buruk sebagai sempadan.


Berhentilah dari memandang jalan berliku di belakang, kerana semuanya telah menjadi sejarah yang tidak boleh diulang lagi. Kembalilah kepada ALLAH. Dan pandanglah pada jalan di hadapan yang begitu indah, tersedia untuk kita yang mahu berubah.

4 Responses to "Menoleh ke belakang"

Muhammad Farid Hadhari (visit their site)

salam ziarah...
izayyad??? sudah semestinya enta sihat2 sahaja..anywway, lontaran idea yang menarik...

pernah adik-adik bertanya kepada ana, camne la nak jadi baik, dia dari dulu lagi jahat...

ni masalah malu tak bertempat.malu untuk berubah. satu penyakit emosi ana kira..

ana bagi contoh saidina umar.. semua tahu, seblum memeluk islam, beliau seorang yang begitu bengis, dan zalim... namun, setelah pengislamannya, subhanallah.... seorang insan yang agung...

teruskan berkarya!!!!

sahabat (visit their site)

salam...
alhamdulillah.
enta pn, teruskan perjuangan.

mmm, betul apa yg enta ckp tu. ramai yang terbuka hati nak berubah, tapi masih takut-takut.

Pintu dah lama terbuka, tetapi orangnya masih di situ. sayang kalau dia berpatah balik.

Pisyek K (visit their site)

Yosh!! Hamdi? Hoho...

Baru skarang ku tau yg anda ade blog sendiri....

Kui3...

Masih igt lagikah anda terhadap sepupumu ini?

pisyek [dot] com ==> aDe aPe?

sahabat (visit their site)

Salam pisyek. sape ni? haha. apih. br ku tahu jg anda ada blog sndiri. (jangan la guna anda. len mcm bunyinyo) hehe.

smat laman web demo. kemah2.

jenguk2 la blog ni deh, doh la kawe maso ado dumoh pong demo x mai jenguk. (kawe pn supo gok).